Tips Untuk Berjaya Temuduga (Interview) Pekerjaan Anda Mahu
Kali ini saya kongsikan Tips Ringkas Untuk Berjaya Temuduga (Interview) Pekerjaan Yang Anda Mahu. Tips ini adalah berdasarkan pembelajaran saya mengikuti pelbagai kursus dan pengalaman sendiri berkaitan temuduga. Susah atau senang untuk dapat kerja zaman sekarang? Jawapannya bagi saya susah. Saya pernah menghantar berpuluh permohonan kerja SEHARI di Jobstreet suatu ketika dulu apabila syarikat di mana saya bekerja terpaksa tutup disebabkan masalah kewangan. Sehinggakan Jobstreet tidak lagi membenarkan saya menghantar permohonan. Tetapi yang peliknya, kawan baik saya pergi ke karnival kerjaya dan membawa resume saya sekadar untuk membantu. Kemudian, dia meninggalkan resume saya kepada sebuah syarikat milik Jepun. Kemudian, saya dipanggil interview dan beroleh kerja. Itulah rezeki, tidak dapat dijangka dari mana pintunya. Apa yang saya nak kongsikan ialah pengalaman saya menghadiri temuduga. Perkara pertama yang perlu diingati sebelum meminta pekerjaan ialah, permohonan k...