Mana Lebih Baik, Sambung Belajar Smpai PhD Terus Atau Kerja Dahulu?
Bila cakap tentang mana yang lebih baik, Sambung Belajar Smpai PhD Terus atau Kerja Dahulu ni ianya subjektif.
Jadi, apa yang tulis ni ialah pandangan peribadi saya berdasarkan pengalaman dan pengamatan sekeliling.
Kes pertama, selepas tamat Degree (ijazah sarjana muda), terus sambung ke Master dan Phd.
Kes kedua, selepas tamat Degree terus sambung ke Master. Selepas tamat Master, bekerja dan kemudian sambung PhD.
Kes ketiga, selepas tamat Degree terus bekerja. Kemudian sambung Master dan PhD.
Dalam kes pertama, kebaikan yang jelas ialah masa untuk mendapat PhD adalah lebih cepat. Ada yang berumur 28 dah ada PhD. Jika anda terus direct dari dari Degree ke PhD, boleh lebih cepat dapat PhD.
Tetapi, kekurangan yang saya lihat ialah tiada pengalaman bekerja. Biasanya graduan PhD tersebut ingin bekerja sebagai pensyarah di Universiti sesudah tamat pengajian. Oleh kerana kurang pengalaman kerja, maka sukar untuk graduan mendapat kerja di industri.
Persaingan untuk menjadi pensyarah juga semakin kuat. Jika graduan tersebut tidak mempunyai kelebihan yang unik seperti banyak journal Q1 dan Q2 serta personaliti yang menarik, maka makin sukar untuk bersaing. Universiti juga ingin mereka yang mempunyai pengalaman industri.
Kita lihat hari ini ada graduan kes pertama ini mengeluh sukar mendapat pekerjaan yang diidamkan dan sesuai dengan ijazah seperti kisah PhD holder kerja Grab Food (ini masih pekerjaan yang mulia dan rezeki yang halal).
Untuk kes yang kedua, kebaikannya ialah anda masih bersemangat untuk sambung Master selepas tamat Degree. Anda mengenali pensyarah-pensyarah di universiti dan di sini peluang untuk buat networking.
Anda juga boleh meminta kerja menggunakan Degree dan Master dikemudian hari.
Tetapi, anda akan kurang dua tahun pengalaman kerja berbanding rakan-rakan yang terus kerja selepas tamat Degree.
Ramai juga yang berhenti Master separuh jalan kerana hilang fokus dan rasa nak bekerja. Ada yang berhenti kerana nak berkahwin.
Untuk kes kedua, perlu motivasi yang tinggi. Perlu amalkan ‘delay gratification’. Saya adalah dari kes yang kedua.
Untuk kes yang ketiga, kebaikannya ialah anda ada pengalaman kerja yang banyak. Anda ada kewangan yang kukuh. Anda boleh membina kerjaya dan keluarga dari awal.
Cuma anda perlukan motivasi yang sangat tinggi kerana biasanya untuk kes yang ketiga, Master dan PhD dilakukakan secara separuh masa.
Tanpa sebab yang jelas, anda akan berhenti Master dan PhD separuh jalan. Anda juga akan habis PhD lebih lambat berbanding kes pertama dan mungkin kes kedua.
Ketiga-tiga pilihan ini ada baik dan buruk masing-masing.
Tepuk dada tanya selera.
Muhamad Hariz Adnan
Nak tips artikel Master & PhD baru terus ke email anda
Barulah tak terlepas dan senang nak baca ππ
πππ
Comments
Post a Comment